Sunday, 3 April 2016

ANGKASAWAN MALAYSIA


KSK 5043/6.4 : BUILDING SIMPLE BLOG/WORDPRESS
(BLOG INI HANYA UNTUK AMALI DAN PERCUBAAN SAHAJA)



Sheikh Muszaphar Shukor






Biodata beliaU :

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha,dilahirkan pada 27 Julai 1972 merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Misi angkasawan Malaysia :




Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Kerjaya Beliau :

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.



Kehidupan peribadi :

Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos (lahir 1981 di Kluang), seorang pakar anestesia di Hospital Selayang pada 10 Oktober 2010 (iaitu 101010) di Seremban.Sheikh Muszaphar bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001 sewaktu beliau merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina ialah pelajarnya sewaktu itu. Mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Ikon inspirasi :

       Sheikh Muszaphar Shukor dilantik sebagai ikon inspirasi angkasawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching,Sarawak pada 20 April 2010

KRITIKAN BELIAU :
       Seorang komentator dari Australia, Michael Backman, telah menyuarakan komennya dengan mengatakan Malaysia telah membuang duit untuk seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas dengan membazirkan wang sebanyak RM 105 juta (bersamaan dengan AS$ 26 juta). Pembaziran ini dikatakan oleh Micheal Backman lagi, sebagai satu nafsu kehendak yang tidak berasas dan hanya untuk memenuhi nafsu tersebut.Bagaimanapun, jumlah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia tanpa meminta bantuan asing, dan ramai pihak yang mencemburui fakta ini. Selain itu, ia merupakan pakej pembelian sebanyak 18 jet Sukhoi dari Rusia yang bernilai RM3.42 bilion dengan sebagai balasan Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama.

pendaratan :

      Sheikh Muszaphar tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dari tempat kapsul mendaratanSheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa Soyuz TMA-10
     Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit [26] telah membenarkan Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.
     Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit.







KOLEKSI VIDEO BELIAU
"KLIK IMEJ UNTUK BUKA VIDEO"


https://www.youtube.com/watch?v=mElxWafUhss
VIDEO BELIAU DI DALAM KAPAL ANGKASA

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=video&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi364mokPTLAhWGjo4KHWr_CMUQtwIIKTAD&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DmY0JgKMa2Go&usg=AFQjCNF38Lt_jxYkxj3ELuTkDR4GYahSAA&sig2=o0WqUr0b_9hcH8tmnnhEdQ
VIDEO BELIAU DALAM PENERBANGAN KE ANGKASA LEPAS